JOM Belajar Sejarah Tahun 6 :)
Pengisytiharan Kemerdekaan
Pengisytiharan Kemerdekaan
Selepas rundingan kemerdekaan berjaya di London. Rombongan Merdeka telah pulang ke tanah air. Mereka disambut dengan penuh gemilang. Mari kita kaji peristiwa tersebut. Pada 20 Februari 1956. Di Padang Merdeka Bandar Hilir, Melaka, Tunku Abdul Rahman selaku ketua rombongan Merdeka mengumumkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara. Pada 30 Ogos 1957, tepat pada pukul 12.30 tengah malam, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Penurunan bendera Union Jack menandakan berakhirnya penjajahan British di negara kita. Pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu melambangkan kebebasan sebuah negara merdeka yang berdaulat.
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara pengistiharan kemerdekaan. Dalam upacara, tersebut, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri telah membaca pengistiharan kemerdekaan. Kemudian Tunku Abdul Rahman telah melaungkan seruan “MERDEKA”sebanyak tujuh kali yang diikuti oleh laungan rakyatjelata. Rakyat daripada segenap lapisan berasa bangga kerana negara bebas daripada penjajahan.
Tokoh Pejuang Kemerdekaan
Para pemimpin pelbagai kaum
telah berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Sebagai rakyat yang cintakan
negara, kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Siapakah antara
tokoh tersebut?
NAMA : Dato’ Onn bin Ja’afar
TARIKH
LAHIR : 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru
PENDIDIKAN : -
Alderburgh Lodge School, Suffolk, England (1903). Dia ke sana
sebagai pengiring
putera-putera Sultan Johor.
- Maktab Melayu
Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.
JAWATAN :
Presiden UMNO Pertama 1946-1951
• Menjadi
anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar
bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris (1901).
NAMA : Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR
: 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru.
PENDIDIKAN : Pendidikan awal di Singapura dan pelajaran
menengahnya di
English
College, Johor Bahru.
JAWATAN : Perdana Menteri Malaysia
•
Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar
dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak.
NAMA : Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan
TARIKH
LAHIR : 16 Jun1919 di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak.
PENDIDIKAN : Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak.
Beliau amat cemerlang
dalam pelajarannya
dan kemudian memperoleh ijazah
Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.
Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.
JAWATAN : Presiden kelima Kongres India
Malaya (MIC), sebuah parti politik
Malaysia, serta
menteri penuh dalam pelbagai kementerian
dalam kerajaan Malaysia
dalam kerajaan Malaysia
NAMA : Tun
Tan Cheng Lock
TARIKH
LAHIR : 5 April 1883 , Melaka
JAWATAN : Presiden Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
PENDIDIKAN : Pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura.
PENDIDIKAN : Pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di
Biodata Tunku Abdul Rahman
Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).
Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

MERDEKA !!
Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj
Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan
Rundingan Kemerdekaan di London
Pemanshuran
kemerdekaan Tanah Melayu
Tun Razak menandatangani
perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)