Pengisytiharan Kemerdekaan




Pengisytiharan Kemerdekaan


              Selepas rundingan kemerdekaan berjaya di London. Rombongan Merdeka telah pulang ke tanah air. Mereka disambut dengan penuh gemilang. Mari kita kaji peristiwa tersebut. Pada 20 Februari 1956. Di Padang Merdeka Bandar Hilir, Melaka, Tunku Abdul Rahman selaku ketua rombongan Merdeka mengumumkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara. Pada 30 Ogos 1957, tepat pada pukul 12.30 tengah malam, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Penurunan bendera Union Jack menandakan berakhirnya penjajahan British di negara kita. Pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu melambangkan kebebasan sebuah negara merdeka yang berdaulat.
               
            Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara pengistiharan kemerdekaan. Dalam upacara, tersebut, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri telah membaca pengistiharan kemerdekaan. Kemudian Tunku Abdul Rahman telah melaungkan seruan “MERDEKA”sebanyak tujuh kali yang diikuti oleh laungan rakyatjelata. Rakyat daripada segenap lapisan berasa bangga kerana negara bebas daripada penjajahan.

No comments:

Post a Comment