Pengisytiharan Kemerdekaan




Pengisytiharan Kemerdekaan


              Selepas rundingan kemerdekaan berjaya di London. Rombongan Merdeka telah pulang ke tanah air. Mereka disambut dengan penuh gemilang. Mari kita kaji peristiwa tersebut. Pada 20 Februari 1956. Di Padang Merdeka Bandar Hilir, Melaka, Tunku Abdul Rahman selaku ketua rombongan Merdeka mengumumkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara. Pada 30 Ogos 1957, tepat pada pukul 12.30 tengah malam, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. Penurunan bendera Union Jack menandakan berakhirnya penjajahan British di negara kita. Pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu melambangkan kebebasan sebuah negara merdeka yang berdaulat.
               
            Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara pengistiharan kemerdekaan. Dalam upacara, tersebut, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri telah membaca pengistiharan kemerdekaan. Kemudian Tunku Abdul Rahman telah melaungkan seruan “MERDEKA”sebanyak tujuh kali yang diikuti oleh laungan rakyatjelata. Rakyat daripada segenap lapisan berasa bangga kerana negara bebas daripada penjajahan.

Tokoh Pejuang Kemerdekaan



Para pemimpin pelbagai kaum telah berjuang mendapatkan kemerdekaan negara. Sebagai rakyat yang cintakan negara, kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Siapakah antara tokoh tersebut?





            NAMA                    : Dato’ Onn bin Ja’afar 
            TARIKH LAHIR   : 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru
PENDIDIKAN      :  - Alderburgh Lodge School, Suffolk, England (1903). Dia ke sana
                               sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.
                             - Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.
JAWATAN           :  Presiden UMNO Pertama 1946-1951

  Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris (1901). 





NAMA                  : Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR     : 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru.
           PENDIDIKAN       : Pendidikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di
                                        English College, Johor Bahru.
           JAWATAN            : Perdana Menteri Malaysia

        Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak.





NAMA               : Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan
TARIKH LAHIR  : 16 Jun1919 di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak.
PENDIDIKAN     : Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang
                            dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah 
                            Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.
JAWATAN          : Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik
                            Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian 
                            dalam kerajaan Malaysia





NAMA                : Tun Tan Cheng Lock
TARIKH LAHIR   : 5 April 1883 , Melaka
JAWATAN           : Presiden Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
PENDIDIKAN      : Pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di  
                                 Institusi Raffles di Singapura.





Biodata Tunku Abdul Rahman


Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan 
: 
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.




MERDEKA !!

    
                 Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj        

                       
           Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan



           Rundingan Kemerdekaan di London



              Pemanshuran kemerdekaan Tanah Melayu


                            
                               
                               Tun Razak menandatangani perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu


























Galeri

British Di Tanah Melayu









LAGU ‘Tanggal 31 Ogos’

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari Bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


Latihan Pengukuhan


Soalan



Jawapan